Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan Malaysia dan Jepun untuk meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform Dasar Pandang ke Timur (DPT).
Perdana Menteri berkata, cabaran global diharap menjadi pencetus kepada pembentukan kerjasama DPT bagi kepentingan bersama kedua-dua negara.